Wednesday, August 10, 2011

YOKUK 4 OGOS 2011

Bersempena dengan Bulan Ramadhan yang mulia ini, Jabatan Radiologi dengan kerjasama YOKUK diketuai oleh Dr. Salma bergerak bersama-sama dari rumah ke rumah untuk memberi sumbangan kepada orang2 kurang upaya. Aktiviti ini dijalankan pada setiap hari khamis pada bulan Ramadhan ini. Kutipan dibuat dikalangan staf Jabatan Radiologi. Sebelum berangkat ke Pejabat YOKUK, barang-barang keperluan di beli di Nirvana Group . Sebaik tiba di YOKUK , staf YOKUK akan mengenalpasti rumah2 yang akan dikunjungi dan mereka akan membawa kumpulan Radiologi ini ke rumah2 OKU.


Shopping kat Nirvana dulu...

Dr. Salma memandu sendiri ke YOKUK

Bergambar depan pejabat YOKUK











Dr. Tarmizi, bersungguh2 pikul beras...




Kunjungan kali ini adalah pada 4. 8. 2011(khamis), kawasan yang terlibat adalah Kampung Cempaka, Kampung Pauh, Wakaf Mek Zainab, Kampung Pulau Gajah, Jalan Merbau Kota Bharu. Lebih kurang 7 keluarga sempat dikunjungi.
Apa yang dapat diperolehi dari kunjungan ini adalah betapa bersyukurnya kita pada hari ini, betapa banyaknya dan tak terhitungnya nikmat Allah pada kita.

Kunjungan akan datang adalah pada 11.8.2011...Renung2kan, selamat beramal....

No comments:

Post a Comment