Tuesday, April 19, 2011

JADUAL BARU KLINIK PERUBATAN ISLAM DAN KOMPLEMENTARI, PUSAT ISLAM

Sukacita dimaklumkan atas sambutan yang menggalakkan, bermula dari minggu lepas (sabtu 16/4/2011)  Pusat Islam Kampus Kesihatan
telah menambahkan perkhidmatan Klinik Perubatan Islam Dan Komplementari daripada 2 minggu sekali kepada setiap minggu.

Warga kampus dan masyarakat sekitar yang mempunyai masalah penyakit terutamanya yang berkaitan dengan penyakit kerohanian dan gangguan makhluk halus dipelawa untuk mendapatkan rawatan tersebut.

Maklumat rawatan adalah seperti berikut:

Hari         :     Setiap hari Sabtu      
                 
Masa         :     9.30 pagi hingga 12.30 tengahari

Tempat       :     Masjid Kampus Kesihatan USM


Rawatan ini adalah dengan kerjasamasa Darussyifa’ Cawangan Kelantan.

Untuk mendapat maklumat lanjut bolehlah terus datang / menghubungi Pusat Islam Kampus Kesihatan USM di Ext: 1067/ 1068.


Rosdian Hassan
Penyelaras Klinik

No comments:

Post a Comment