Tuesday, February 8, 2011

Monday, February 7, 2011

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1432H PERINGKAT KAMPUS KESIHATAN USM

Sukacita dimaklumkan Pusat Islam akan mengadakan 
Majlis Sambutan Maulidur Rasul S.A.W. 1432H 
Peringkat Kampus Kesihatan USM bagi memupuk dan 
meningkatkan kecintaan warga kampus terhadap 
junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. yang akan diadakan 
sebagaimana maklumat berikut:

Hari/Tarikh :  16 Februari  2011 (Rabu)
Masa  :  2.00 petang – 4.45 petang
Tempat  :  Auditorium Pusat Pembangunan Mahasiswa, BHEPP

Penceramah      :  Ustaz Syed Mohd Norhisyam al-Idrus
                   (Mentor Program Imam Muda Astro Oasis, 
                   Panel Halaqah TV9,
                   Pengacara Akademi Al-quran musim ke -5)

Tajuk           :  Maulidur Rasul: "Muhasabah Cinta"


Semua Muslimin/Muslimat warga kampus dijemput hadir beramai-ramai.

Sila bawa Kad Staf masing-masing untuk mata CPD.
Rosdian Hassan
Pusat Islam

Che Rohaida masuk wad 8TD

Salam , jom kawan2 kita gi melawat aida , baru jer admit 8TD semalam, demam tu, saya pun tak pergi melawat lagi ni, jomlah gi tengok kawan kita...

Sunday, February 6, 2011

Intro...



Salam, blog kelab kebajikan & mesra ibadah  diwujudkan , bertujuan untuk update kan aktiviti terkini Kelab kebajikan dan mesra ibadah Jabatan Radiologi, HUSM...
rajin2lah berkunjung ke blog ni yer untuk mengetahui berita terkini dan akan datang...jangan lupa jadi follower yer...
fungsi kelab ini juga adalah untuk menjaga kebajikan staf di Jabatan Radiologi.
Bagi mana2 staf yang masuk wad, akan kahwin, bersalin, anak dapat keputusan cemerlang,ada kematian ker, silalah maklumkan kepada saya...
dan kami juga akan sentiasa mengingati hari jadi anda...
walaupun tak seberapa...xoxo